Header Ads

MCA Beri Amaran BN Pecah Jika RUU 355 Dibentang!



Bagaimana pula susunan Rukun Negara yang meletak Kepercayaan Kepada Tuhan pada kedudukan pertama,  Kesetiaan Kepada Raja dan Negara pada tangga kedua? Menafikan hak orang Islam mematuhi perintah Allah adalah kontradiksi nyata dengan Rukun Negara yang pertama! 

Bila Presiden MCA memberi amaran BN akan berpecah jika Pindaan Akta 355 dibentang ia membuat rakyat terfikir adakah Barisan Nasional ini hanya wujud kukuh jika sama sama sepakat tolak usaha memperkasakan Mahkamah Syariah yang hanya untuk orang orang Islam?  Sedangkan sebenarnya orang bukan Islam tiada kena mengena langsung dengan Mahkamah Syariah! 

Yang akan hancurkan dan pecahkan BN adalah perjuangan menegakkan Islam? Begitu? 

Begitukah cara mengajar rakyat menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang ditentukan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia? 

Begitukah cara mengajar rakyat menghormati titah Yang Di Pertuan Agong yang merupakan Ketua Negara dan juga Ketua Agama Islam bagi Persekutuan?  Juga Sultan Sultan yang menjadi Ketua bagi negeri negeri, juga menjadi ketua agama Islam?

Bagaimana pula susunan Rukun Negara yang meletak Kepercayaan Kepada Tuhan pada kedudukan pertama,  Kesetiaan Kepada Raja dan Negara pada tangga kedua? Menafikan hak orang Islam mematuhi perintah Allah adalah kontradiksi nyata dengan Rukun Negara yang pertama! 

Kebebasan penganut lain mengamalkan agama lain langsung tidak berbangkit dalam polemik RUU355. 

Ini urusan orang Islam dan ajaran agama Islam sahaja.  

BN rosak kerana dasar yang tidak mempedulikan dosa pahala dalam mentadbir negara.  Rasuah, pemborosan,  kezaliman,  gejala keruntuhan akhlak dan moral semuanya subur bila Islam diletak ke tepi. Tiada konsep percayakan Tuhan. Jauh sekali takut dan patuh kehendak Tuhan. 

Itu yang sedang menghancurkan negara.

Kerana orang Islam dalam BN pun ramai sedar yang Islam jika ditegakkan akan memperbaiki kehidupan menjadi sejahtera. Negara yang lebih baik.  Rahmat untuk semua manusia berbilang bangsa. Kerana itu mereka yang beriman dan takutkan Allah dalam UMNO tidak akan tergamak bersekongkol menghalang usaha memperkasakan Mahkamah Syariah. Lebih lebih lagi dalam satu titah pembukaan Sidang Dewan Rakyat,  Yang Di Pertuan Agong mahu syariah diperkasakan.  

Mereka tidak mahu berada satu kumpulan dengan penganut fahaman liberalism,  sekularism,  pluralism, Sisters In Islam,  LGBT yang bersekongkol dengan DAP,  MCA,  GERAKAN menentang RUU355.

Dalam keadaan Gagasan Sejahtera yang diketuai PAS mempelopori usaha menaikkan syariah,  ia ternyata menggoncang BN sehingga MCA membayangkan BN akan hancur. 

Ia kerana seruan RUU355 disokong oleh setiap individu Islam tanpa mengira pendirian politik.

Orang Islam yang beriman jika disuruh memilih antara kepentingan Islam dengan kepentingan peribadi seperti kuasa politik akan tanpa ragu memilih Islam. 

Yang memilih selain dari itu boleh memberi seribu alasan. 

Orang yang berakal boleh berfikir,  bagaimana boleh dituduh PAS membantu BN dalam masa yg sama perjuangan PAS membuat BN jadi goncang dan terancam kemungkinan pecah. 

Tidakkah pas patut disokong jika benar mahu turunkan BN?  

PAS melakukannya dengan Gagasan Sejahtera yang cuba diperkecilkan PH.  PH menganggap  PAS melakukannya secara bersendirian.

Jika benar mahu menumbangkan BN sepatutnya duduk bersama membantu PAS. Dalam soal ideologi yang tidak sehati sejiwa,  apa salahnya berlapang dada dengan sekurang kurangnya menghormati dan tidak mengkhianati. Paling tidak berkecuali lebih baik.

Seruan PAS adalah menggantikan BN yang ada sekarang dengan muafakat yang dipimpin Islam yang bersifat rahmat untuk semua rakyat tanpa mengambil kira perbezaan bangsa, agama dan taraf hidup. 

Tiada guna kita mengganti sesuatu yg rosak dengan bentuk muafakat yang sama yang tidak dibimbing petunjuk Tuhan. 

Yang pasti umat Islam perlu bersatu dalam soal memperkasa Mahkamah Syariah.  Jika ahli politik berdolak dalih,  umat Islam perlu beri mesej dan isyarat yang jelas supaya pemikiran pemimpin2 politik boleh diperbetulkan dengan satu kejutan. 

Himpunan Menyokong Pindaan Akta 355 pada 18 Februari 2017  di Kuala Lumpur  adalah himpunan mega berskala besar besaran yang wajib kita hadiri. 

Semoga mereka mengerti! 

HJ AHMAD AMZAD HASHIM 
24hb Januari 2017

No comments