Petisyen Mahasiswa Malaysia Menyokong Pindaan AKTA 355
Kejayaan usul pindaan di Parlimen ini memerlukan sokongan semua Anggota Parlimen, khususnya yang beragama Islam. Maka kami, MAHASISWA MALAYSIA memohon Yang Berhomat-Yang Berhormat untuk memainkan peranan penting di dalam memberikan undian menyokong usul pindaan yang akan dibuat di Parlimen sebagai usaha kaukus undi ahli-ahli Parlimen Muslim.
Usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) atau Akta 355, yang telah dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, ke arah memperkasakan bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah memperlihatkan satu usaha yang baik setelah lebih 30 tahun pindaannya yang terakhir pada tahun 1984.
Pindaan Akta 355 ini selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong:
"Beta berharap langkah-langkah ke arah Memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama islam melalui pemerkasaan mahkamah syariah dapat disegerakan."
Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menganjurkan petisyen ini yang bertujuan mengumpul suara mahasiswa Malaysia dalam menyatakan sokongan terhadap Pindaan Akta 355.
Link Petisyen : https://goo.gl/forms/3Bo7IUJo7IoHvgn32
"Melangkah Bersama Islam"
MUHAMMAD SYUKRI BIN ALIMAR SHIDI,
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2017.
PETISYEN MAHASISWA MALAYSIA MENYOKONG PINDAAN AKTA 355
Petisyen kepada :
Yang Berhormat-Yang Berhormat Anggota Parlimen,
Dewan Rakyat, Malaysia.
Kami, Mahasiswa Malaysia, menyokong penuh usul pindaan Rang Undang-undang 355 yang dibawa oleh YB Anggota Parlimen Marang di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah Bidangkuasa Jenayah, (RUU 355) sebagai inisiatif memperkasakan sistem Mahkamah Syariah Islam di negara kita.
Usaha ini selari dengan titah saranan Yang di-Pertuan Agong ketika ucapan pembukaan Parlimen sesi yang lalu, yang mahu melihat institusi Mahkamah Syariah diperkasakan. Di kala ini, taraf bidangkuasa institusi ini adalah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret, sedangkan di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan. Justeru itu, taraf Mahkamah Syariah mestilah dipertingkatkan.
Kejayaan usul pindaan di Parlimen ini memerlukan sokongan semua Anggota Parlimen, khususnya yang beragama Islam. Maka kami, MAHASISWA MALAYSIA memohon Yang Berhomat-Yang Berhormat untuk memainkan peranan penting di dalam memberikan undian menyokong usul pindaan yang akan dibuat di Parlimen sebagai usaha kaukus undi ahli-ahli Parlimen Muslim.
Sebagai warganegara Malaysia, pengundi dalam Pilihanraya dan bakal mengisi kepimpinan negara pada masa akan datang, kami menjadi saksi terhadap undian Yang Berhormat-Yang Berhormat semua di Parlimen yang akan menjadi penentu kepada dorongan undian kami pada PRU ke 14 nanti.
Yang benar,
Mahasiswa Malaysia.
Post a Comment