Header Ads

Seruan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang, supaya beramai-ramai hadir ke Himpunan 355 pada 18 Feb nanti


Marilah kita hadir beramai-ramai ke Himpunan 18 Februari ni. Himpunan ini penting bagi umat Islam seluruhnya.Mudah-mudahan kita disaksikan oleh mahkhluk Allah untuk menjadi modal kita bila menghadap Allah pada hari kiamat.

Saya menyeru kepada semua pihak khususnya umat Islam supaya menghadirkan diri dalam Himpunan RUU355, satu agenda untuk meninggikan kedudukan agama Islam yang telah disebut dalam perlembagaan adalah Agama Persekutuan.Ini adalah jasa generasi awal yang telah berjaya meletakkan Islam dalam perlembagaan. Adapun mengisinya adalah tanggungjawab kita generasi yang kemudian membetulkan kedudukan dalam perlembagaan yang telah meletakkan agama di bawah agama bidang kuasa negeri.



Namun kedudukan kuasa mahkhamah syariah yang paling tinggi dibawah bidang kuasa negeri adalah lebih rendah dari mahkhamah majistret yang paling rendah di daerah masing-masing. Adalah malang bagi umat Islam membiarkan kedudukan agama mereka begitu rupa, ditinggalkan oleh penjajah. 

Setelah kita mencapai kemerdekaan, lebih setengah abad, sudah tiba masanya kita, menunaikan tanggungjawab orang Islam, untuk meninggikan agama mereka sendiri yang menjadi rahmat kepada seluruh alam khususnya kedudukan masyarakat majmuk, yang tidak mampu diselesaikan oleh segala undang-undang, teori dan ideologi yang lain. Walaupun syariat Islam tidak memaksa kalangan bukan Islam, tetapi perlu ditunjukkan model betapa Islam rahmat kepada seluruh alam. 

355 adalah membolehkan bagaimana proses kehakiman Islam dapat ditunjuk keadilannya, kemurniaanya, dan masa yang sama memperkenalkan betapa undang-undang Islam bersikap mendidik, bukan mendera pelaku-pelaku jenayah. Mendidik kepada yang melakukan jenayah supaya kembali ke pangkal jalan, mendidik yang bakal melakukan jenayah tidak melakukan jenayah.

Ini adalah kewajipan kita semua seluruh rakyat  khususnya orang Islam dalam menunaikan kewajipan menyuruh kebaikan yang baik dan mencegah kemungkaran sebagaimana yang diamanahkan oleh Nabi kita Muhammad SAW.Itulah seruan saya. 

Saya tegaskan lagi, marilah kita hadir beramai-ramai ke himpunan 18 Februari ni. Himpunan penting bagi umat Islam seluruhnya.Mudah-mudahan kita disaksikan oleh mahkhluk Allah untuk menjadi modal kita bila menghadap Allah pada hari kiamat.

Sekian  
                       
وبالله التوفيق و الهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera"
__
Jom Sertai Himpunan 355 18 Feb Nanti!
Dapatkan maklumat rasmi #H355 di:

1. Facebook : fb.com/Himpunan355
2. Instagram : instagram.com/Himpunan355
3. Twitter : twitter.com/Himpunan355
4. Telegram : tlgrm.me/Himpunan355
5. Telegram : tlgrm.me/GroupHimpunan355

No comments