Header Ads

PKR umum tak tanding PRK Tanjong Datu


Beliau (Adenan) mencetuskan harapan dalam kalangan rakyat Sarawak untuk mendapatkan semula hak negeri selepas beliau mengambil alih jawatan Ketua Menteri.Semua keputusan dan dasar yang dilaksanakan oleh Adenan adalah selaras dengan visi dan aspirasi Deklarasi Kuching Pakatan Harapan yang kami gubal pada tahun 2012. Berikutan itu PKR sebulat suara memutuskan untuk tidak bertanding pada PRK Tanjong Datu. - Baru Bian

KUCHING: PKR tidak akan meletakkan calon untuk mencabar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu pada 18 Februari ini.

Pengerusi PKR negeri, Baru Bian berkata, keputusan itu dibuat sebagai satu bentuk pengiktirafan pada pendirian dan dasar yang dilaksanakan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem ketika beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak.

"Beliau (Adenan) mencetuskan harapan dalam kalangan rakyat Sarawak untuk mendapatkan semula hak negeri selepas beliau mengambil alih jawatan Ketua Menteri.

"Semua keputusan dan dasar yang dilaksanakan oleh Adenan adalah selaras dengan visi dan aspirasi Deklarasi Kuching Pakatan Harapan yang kami gubal pada tahun 2012," katanya.

Berikutan itu, katanya, PKR sebulat suara memutuskan untuk tidak bertanding pada PRK Tanjong Datu.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu menjadi kosong berikutan kematian Adenan akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lalu.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, PKR meletakkan Jazolkipli Numan yang hanya memperoleh 468 undi, berbanding 6,360 undi yang diperoleh Adenan.

No comments