Header Ads

25 gerabak tanpa muatan terbalik

Sebanyak 25 gerabak tanpa muatan termasuk dua kepala lokomotif terbalik dan tergelincir
BATU GAJAH - Sebanyak 25 gerabak tanpa muatan termasuk dua kepala lokomotif terbalik dan tergelincir dalam kejadian yang berlaku di Kampung Bakap, di sini,  awal pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, kereta api itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuang, Selangor ke Ipoh untuk mengambil muatan simen.

Menurutnya, terdapat kebakaran kecil di bahagian enjin dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah dengan bantuan BBP Simpang Pulai masuk ke lokasi untuk melakukan operasi pemadaman.

"Pemandu kereta api hanya mengalami cedera ringan manakala pembantu pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) turut menutup bekalan elektrik bagi memudahkan kerja pemadaman dilakukan.

"Anggota bomba kini sedang melakukan pemantauan keselamatan dan terdapat baki 15 gerabak masih di landasan yang dalam proses pengalihan," katanya dalam satu kenyataan tadi.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/25-gerabak-tanpa-muatan-terbalik-1.578729

No comments