Diskaun 10 Peratus Di Lebuhraya KLK, LPT1 Sempena Deepavali
Diskaun itu ditawarkan selama 24 jam bermula 12.01 pagi Sabtu (29 Okt 2016)KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) yang membuat bayaran tol secara elektronik bakal menikmati diskaun 10 peratus sempena Deepavali.
Menurut kenyataan Anih Berhad hari ini, diskaun itu ditawarkan selama 24 jam bermula 12.01 pagi Sabtu (29 Okt 2016).
Syarikat pemegang konsensi lebuh raya itu juga mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT1 pada waktu puncak ketika Deepavali.
Post a Comment