ADUN Salor serang dasar dan polisi TGNA?
Projek Ladang Hutan TLC telah dimulakan sejak tahun 2000 dengan 1 kelulusan. Bermula 2014 sehingga 2016, tiada sebarang kelulusan.Pengerusi JK Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Haji Anuar Tan Abdullah menjelaskan tentang tatacara pentadbiran dan konsep Hutan Simpan, Ladang Hutan ‘Timber Latex Clone’ (TLC) dan kaedah Tebang Habis.
Penjelasan YB Exco telah dicelah ADUN Salor dan menimbulkan pertikaian yang tegang.
Antara penjelasan beliau ialah bahawa projek Ladang Hutan TLC telah dimulakan sejak tahun 2000 dengan 1 kelulusan. Bermula 2014 sehingga 2016, tiada sebarang kelulusan.
Dato’ Anuar Tan turut melahirkan rasa sedih di atas tindak laku ADUN Salor yang didakwa ‘menyerang’ dasar dan polisi yang telah diambil Mantan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah kematian al-Marhum.
Menurut beliau lagi adalah tidak adil kepada al-Marhum kerana mana mungkin berpeluang untuk menjawab sekaligus membela diri.
Post a Comment