Jenama Pakatan Harapan Sudah Tidak Laku Untuk Tarik Pengundi
Rakyat semakin pintar, dan ia tidak mudah untuk menipu mereka.Jenama Pakatan Harapan yang mengandungi tiga parti DAP, PKR dan PAN sudah tidak laku untuk menarik pengundi bagi menyokong pembangkang, kata ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.
Beliau berkata demikian dengan merujuk kes penyisytiharan keluar parti yang berlaku secara besar-besaran di Sabah untuk menyertai atau menubuhkan parti baharu.
“Keluar parti menunjukkan bahawa rakyat tidak mempercayai jenama ‘Pakatan Harapan.’ Mereka yang meninggalkan parti mereka terpaksa keluar dari pakatan itu untuk memasarkan diri mereka di tempat lain.
“Jenama Pakatan Harapan ini tidak begitu boleh dipasarkan berbanding masa lalu. Rakyat semakin pintar, dan ia tidak mudah untuk menipu mereka. Mereka tahu bagaimana untuk menilai (pembangkang), “katanya ketika berucap semasa pembukaan Persidangan Perwakilan Nasional Pemuda Gerakan ke-29 pada Sabtu.
Sumber: http://www.nst.com.my/news/2016/10/178928/pakatan-harapan-no-longer-marketable-says-gerakan-youth
Post a Comment