Header Ads

Kebakaran Hospital: Ambil Teladan Agar Tidak Berulang

ambil ibrah untuk diperbaiki dan diteladani agar ianya tidak akan berulang pada masa depan

KENYATAAN MEDIA PAPISMA MALAYSIA
*Insiden Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.*

Papisma Malaysia berasa amat sedih dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu pagi ini.

Tragedi seumpamanya ini tidak diingini oleh sesiapa jua kerana ia melibatkan kecederaan dan nyawa individu terlibat.

Kami yakin pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengupayakan semua potensi yang ada untuk terus memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin dalam mengatasi bencana ini.

Kami juga percaya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama semua pihak yang berkenaan akan menjalankan siasatan terperinci ke atas kejadian ini dan seterusnya mengambil ibrah untuk diperbaiki dan diteladani agar ianya tidak akan berulang pada masa depan.

Dato Dr Suhaini Kadiman
Presiden Papisma Malaysia
25.10.2016
Fb.com/Papisma
#PrayForHSAJB

Sumber: https://www.facebook.com/papisma/posts/1049763778454474

No comments