Guna Khidmat Radio Amatur Di Kawasan Dilanda Banjir - Jailani
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menggunakan khidmat radio amatur di kawasan yang mengalami gangguan liputan komunikasi ketika banjir melanda
HULU TERENGGANU, 29 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menggunakan khidmat radio amatur di kawasan yang mengalami gangguan liputan komunikasi ketika banjir melanda.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari berkata pihaknya telah mengadakan kerjasama melalui SKMM dengan beberapa persatuan radio amatur dalam usaha melicinkan perjalanan bantuan bencana dan proses menyelamatkan mangsa banjir.
"Di peringkat kementerian, di bawah agensi kita sendiri, pihak SKMM telah bekerjsama dengan persatuan radio amatur dan mereka akan menjadi penghubung antara kita dan masyarakat sekiranya berlaku banjir, kerana bila berlaku banjir kadangkala ada beberapa kawasan yang mengalami gangguan liputan komunikasi.
"Insya-Allah dengan kerjasama pihak kerajaan melalui SKMM dan radio amatur, ianya akan dapat melicinkan lagi proses menguruskan mangsa banjir," katanya kepada pemberita semasa melawat penduduk yang sakit melarat di Kampung Dusun di sini Jumaat.
Jailani yang juga Anggoata Parlimen Hulu Terengganu berkata pihak SKMM juga telah mengadakan simulasi banjir di peringkat wilayah pantai timur pada September lalu dengan melibatkan beberapa agensi untuk memastikan semua pihak berada dalam keadaaan siap siaga bagi menghadapi banjir.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1297069
Post a Comment