60 buah bas terperangkap, ribuan penduduk Aleppo alami kesejukan
Konvoi tersebut memasuki kawasan kepungan terakhir di Aleppo semalam dalam keadaan cuaca buruk dan bas berkenaan dipenuhi dengan orang ramai namun mereka tidak bergerak ke mana-mana sejak itu.
21 Dis - 60 buah bas yang membawa penduduk tempatan untuk meninggalkan Aleppo dilaporkan terperangkap dalam cuaca sejuk selepas perjanjian pemindahan menemui jalan buntu saat-saat akhir.
Dilaporkan seramai 3,000 hingga 5,000 orang masih berada di Aleppo dan pemindahan sepenuhnya akan memastikan penguasaan penuh kepada rejim Bashar al-Assad sejak perang saudara selama enam tahun di negara itu.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria berkata, konvoi tersebut memasuki kawasan kepungan terakhir di Aleppo semalam dalam keadaan cuaca buruk dan sesetengah bas berkenaan dipenuhi dengan orang ramai namun mereka tidak bergerak ke mana-mana sejak itu.
Tambah badan tersebut, lapan bas yang dalam perjalanan ke Aleppo dari penempatan prokerajaan di Foua dan Kefra juga ditahan sejak semalam.
Walau bagaimanapun, perjalanan kesemua 60 bas tersebut disambung semula selepas semalam terperangkap. - AGENSI
https://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/60-buah-bas-terperangkap-ribuan-penduduk-aleppo-alami-kesejukan-1.422791
Foto - AFP
Post a Comment