Header Ads

Banjir kilat di Kota Belud

puluhan kenderaan terkandas selepas beberapa laluan dan tempat letak kereta dinaiki air antara 30 sentimeter hingga setengah meter


KOTA BELUD: Beberapa kawasan rendah di sekitar pekan ini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat hampir dua jam petang tadi. Banjir bermula jam 4.30 petang itu menyebabkan puluhan kenderaan terkandas selepas beberapa laluan dan tempat letak kereta dinaiki air antara 30 sentimeter hingga setengah meter.

Keadaan itu turut menyebabkan kesesakan di beberapa laluan di sekitar pekan, namun pulih dalam tempoh kira-kira sejam selepas air beransur surut. Difahamkan, hujan lebat bermula kira-kira jam 3 petang dan berhenti dua jam kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Rozlan Osman, berkata, kawasan banjir kilat membabitkan sekitar pekan dan bulatan Jalan Kota Belud-Kudat. "Setakat ini semua jalan dapat dilalui kenderaan dan tiada laporan penduduk yang terjejas. Bagaimanapun, anggota bomba sudah dikerah memantau di beberapa lokasi," katanya.

Difahamkan, laluan dan tempat letak kereta berhampiran padang pekan dan pasar tani pekan Kota Belud adalah antara lokasi terjejas akibat banjir kilat itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/227644

No comments