Propaganda Dan Disinformation: Isu Syria Yang Terkini
Sekiranya anda gagal memahami Yahudi, anda sesungguhnya gagal memahami dunia.
"Aleppo sudah tumbang ke tangan Bashar dan sekutunya. Sunni sudah kalah di Aleppo!" Itu adalah kenyataan yang sampai hari ini, kerap terpamer di laman media. Kenyataan itu memberi erti bahawa pejuang pembebasan di Aleppo, sudah tumbang kepada askar Assad dan sekutu, terutama Rusia.
Apakah kenyataan itu benar, atau ada kecelakaan dan penipuan yang lebih dahsyat?
Penulis ada menghubungi Dr. Michael Scheuer [1] [2], antara sumber yang diyakini kredibilitinya dalam isu insurgensi di Asia Barat. Walaupun belum menerima sebarang maklumbalas, namun penulis terpaksa memetik nama ini kerana pertama, beliau berkhidmat lebih 20 tahun didalam CIA, bukan sahaja sebagai analyst bahkan operative di Asia Barat. Kedua, beliau adalah anti semitik, bahkan didalam beberapa temuramah bersama media yang tinggi kredibiliti terutama RT, Dr. Scheur tanpa berselindung meletakkan Israel dan pelobinya di Amerika Syarikat sebagai 'root cause' kepada perseteruan diantara Amerika Syarikat dan barat dengan Islam (The West -vs- Islam) [3]. Didalam isu Syria, penulis memetik nama sarjana ini kerana beliau mendedahkan bahawa:
"Al Qaeda adalah sayap utama yang membekalkan sokongan kepada kumpulan insurgen atau freedom fighters tempatan, dimana mereka ini (freedom fighters) adalah amatur, dan Al Qaeda memasuki pentas sebagai pembekal sokongan."
Namun didalam wawancara itu, Dr. Scheuer meninggalkan petunjuk penting tentang aktor utamanya. Sewaktu ditanyakan mengapa Amerika Syarikat menyertai konflik di Syria, beliau menjawab:
"Kerana Amerika Syarikat dikuasai oleh kuasa luar (Israel). Sebab utama Obama menangguhkan (pembinaan polisi luar ke atas Syria), adalah demi memberi ruang kepada pelobi-pelobi Israel dan Yahudi, supaya melobi Kongres (agar menyertai konflik di Syria)..hakikatnya, Amerika Syarikat menyokong kumpulan (Al Qaeda), dan mereka ini jauh lebih jahat dari Assad [4]."
Mesej jelas yang cuba disampaikan oleh Dr. Scheuer ialah: Amerika Syarikat melibatkan diri didalam konflik - dengan menyokong Al Qaeda (dan ISIS) - kerana itu adalah arahan daripada pelobi-pelobi Yahudi yang sangat berpengaruh didalam kerajaan.
Sebelum melabel penulis sebagai pro CIA, haruslah diperjelaskan bahawa fitrah manusia adalah cenderung kepada kebenaran, dan ada ramai golongan samada didalam Agensi Risikan Pusat (CIA, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahkan Yahudi sendiri, yang mengikut aliran fitrah itu. Ini dapat dilihat pada Dr. Scheuer (CIA), Ted Gunderson (FBI) dan Norman Finkelstein (Yahudi), sekadar berkongsi beberapa nama. Mereka ini adalah apa yang barat gelar sebagai whistle blowers. Mereka bukan penganut fahaman teori konspirasi (e.g. Freemason dan Illuminati, New World Order, Lizardian, dan segala fahaman yang pelik-pelik), sebaliknya merupakan golongan akademik dan tokoh didalam agensi penguatkuasaan yang autoritatif.
Berbalik kepada isu Syria, ada tiga sfera yang akan cuba dikupas. Kupasan ini penting demi mendedahkan root cause konflik, kerana media, samada arus perdana mahupun alternatif, seakan gagal memberi penilaian yang kolektif dan adil, dengan sekonyong-konyong meletakkan kesalahan ke atas bahu Assad, tanpa meletakkan Israel ke dalam konteks. Jadi, didalam artikel ini, ada tiga sfera yang akan dikupas termasuklah 1. Sejarah ringkas konflik di Syria, 2. Aktor-aktor yang terlibat didalam konflik, dan 3. Apakah punca konflik itu.
1. Sejarah ringkas konflik di Syria
Konflik itu adalah kesinambungan gerakan kebangkitan rakyat di Asia Barat, yang bermula di Tunisia lewat tahun 2010. Digelari sebagai 'Arab Spring' atau 'Facebook Revolution [5]', ekonomi dijadikan justifikasi agar rakyat bangkit menumbangkan pemerintah Arab yang diktator [6]. Dibantu oleh 'senjata' hebat bernama Facebook dan talifon pintar, sebaran berita mengenai keseronokan berhimpun atas nama revolusioner merebak dari Tunisia ke negara-negara Asia Barat yang lain, termasuk Syria.
Tidak dinafikan bahawa memang ada salah laku oleh pemimpin Arab, terutama favoritism, kleptokrasi, pengintipan kejam ke atas rakyat dan sebagainya. Namun dunia seakan gagal melihat, bahawa disebaliknya, ada gerakan subversif oleh beberapa NGO antarabangsa, pelobi-pelobi neo konservatif serta komuniti risikan yang terlibat merencanakan revolusi.
Contoh hal ini dibuktikan melalui pendedahan Ron Nixon, investigative journalist akhbar The New York Times. Beliau menulis bahawa Washington terlibat merencanakan revolusi itu melalui agensi seperti International Republican Institute dan National Democratic Institute [7].
Apa yang Nixon gagal dedahkan ialah identiti individu yang terlibat didalam gerakan itu. Nixon hanya menyalahkan Washington, tanpa mendedahkan bahawa ramai anggota pemikir didalam agensi dan think tank dari Washington itu adalah warga Yahudi Amerika yang digelar neo-conservative. Nama-nama itu terlalu banyak didalam bahan rujukan yang terpisah, dan didalam artikel ini penulis tidak dapat memuatkan nama nama mereka.
Kenyataan ini memberi makna bahawa rancangan bagi melumpuhkan tanah Arab bukanlah rencana Amerika Syarikat 'per say', namun merupakan gerakan tersusun neo conservative yang berkiblatkan Israel, demi melestarikan impian Israel Raya (The Greater Israel). Melalui kempen revolusi itu, maka tumbanglah negara-negara Arab yang melingkari Israel. Ini bererti, Israel dapat menghirup nafas segar tanpa ancaman ketenteraan musuh-musuhnya, termasuk Syria. Sebagai sebuah tamadun yang sangat mementingkan sejarah, Israel semestinya tidak lupa bahawa Perang Yom Kippur 1973 adalah rencana Syria, bahkan dua batalion terawal yang memasuki medan tempur di utara adalah batalion milik Syria [8].
2. Aktor-aktor yang terlibat
"Disepanjang revolusi (didalam kes di Iraq), ada tiga kumpulan utama yakni pro kerajaan, anti kerajaan dan golongan neutral," seorang sumber penulis dari Iraq memberitahu [9]. Sumber itu turut memaklumkan bahawa realiti ini juga berlaku di negara-negara Arab lain, termasuk di Syria.
Namun selepas sahaja revolusi yang asalnya berbentuk perhimpunan jalanan berubah menjadi konflik berdarah, pemuda-pemuda yang asalnya hanya menjadikan telefon pintar dan Facebook sebagai senjata, kini menggalas pula raifal dan senjata-senjata berat. Jika dahulu mereka bergerak atas tiket revolusioner, kini mereka menjadi freedom fighters pula.
Didalam kes di Syria, pada peringkat awal konflik sekitar 2011-2012, hanya ada sekitar 17 buah kumpulan freedom fighters yang berbeza. Namun, menurut sumber penulis yang pernah mengikuti trip sebuah NGO kemanusiaan ke Syria sekitar 2012 [10], beliau memaklumkan bahawa hasil temuramah dengan beberapa kumpulan freedom fighters terawal di Syria, mereka (anggota kumpulan) memaklumkan bahawa pada sekitar 2012, muncul sebuah kumpulan baru. Kumpulan ini sangat berbeza dengan 17 kumpulan terdahulu; pertama, mereka bersikap kasar. Kedua, bahasa Arab yang digunakan tidak menggunakan loghat tempatan Syria. Petunjuk terpenting, menurut sumber penulis, kumpulan baru itu menggunakan senjata yang jaun lebih sofistikated berbanding 17 yang lain, taktikal pertempuran mereka juga jauh lebih bagus dan dana kumpulan itu juga sangat besar. Selang beberapa bulan selepas sumber penulis meninggalkan Syria, dunia digemparkan dengan kemunculan sebuah organisasi 'pejuang' yang sangat sofistikated: Islamic State, yang merupakan aktor utama.
2.1. ISIS: Siapakah yang mendalangi Islamic State (kini dikenali sebagai Daesh)?
Scott Bennett, U.S. Army Special Operations Officer (11th Psychological Operations Battalion, Civil Affairs-Psychological Operations Command), merangkap global psychological warfare-counterterrorism analyst, mendedahkan bahawa ISIS menerima tajaan secara lansung melalui Obama, Hillary Clinton, Swiss Bank dan CIA [11] [12]. Dunia jangan membutakan perutnya. Clinton dan Obama, didalam banyak kenyataan, menyatakan ketundukan mereka kepada pelobi Yahudi yakni AIPAC (America Israel Public Action Commitee) dan CFR (Council on Foreign Relation). Ini bermakna, ISIS yakni kumpulan utama yang memerangi Assad, rupanya adalah kumpulan insurgen yang ditaja oleh tokoh Amerika Syarikat berpengaruh yang dikawal oleh Yahudi dan Israel.
2.2. Assad sang diktator: Apakah benar beliau adalah tyrant, atau ada gerakan "character assasination" terhadap beliau?
Tidak dinafikan, banyak tindakan oleh pemimpin ini bersifat kejam, meskipun sebelum Arab Spring berlaku lagi. Antara bentuk kekejaman yang menjadi buah mulut pra-Arab Spring, termasuklah merekrut mata-mata (spy) dari kalangan rakyat. Tujuannya adalah untuk menangkap sesiapa yang menyebarkan propaganda anti-kerajaan.
Namun, penulis berpeluang menemuramah seorang pemerhati politik berbangsa Patani yang pernah terlibat melobi dana menggunakan tiket Yasser Arafat dan tokoh-tokoh besar Arab (dana dari Organisasi Kerjasama Islam atau OIC itu adalah untuk disalurkan kepada kumpulan pejuang pra-2004 di Selatan Thailand). Berpengalaman mendampingi dan berasimilasi dengan tokoh-tokoh besar Arab, sumber itu mendedahkan bahawa:
"Inisiatif pemimpin-pemimpin Arab merekrut spy itu - berbeza dengan fahaman arus perdana bahawa ianya untuk menangkap rakyat jelata - rupanya merupakan strategi untuk membasmi agen-agen Yahudi yang memenuhi segenap pelusuk negara Arab. Agen ini digelari sebagai 'fifth column' yakni Yahudi yang menetap sebagai penduduk di satu-satu negara." [13]
Bagi membuktikan kebenaran perkara ini, organisasi risikan SAVAK di Iran misalnya, ditubuhkan dengan matlamat utama mengekang gerakan Marxist-Communist dan agen-agen asing dari luar negara[14]. Dunia tidak boleh berpura-pura buta, kerana banyak bukti jelas menunjukkan sikap anti-semitik pemimpin Iran terhadap Israel dan Yahudi, dan mereka sedar bahawa golongan yang paling banyak menyokong Marxist Communist adalah 'fifth column' Yahudi didalam negara itu.
Berbalik kepada Assad, figura yang diwarwarkan oleh media sebagai kejam. Antara justifikasi bagi melabel kekejaman beliau, termasuklah melalui penggunaan senjata kimia ke atas warga Syria pada sekitar tahun 2012-2013.
Benarkah Assad yang melancarkan senjata itu, atau ada konspirasi disebaliknya?
United Nation sendiri, mendedahkan bahawa mereka mempunyai testimoni bahawa senjata gas sarin (chemical weapon) bukan digunakan oleh Assad, sebaliknya oleh kumpulan insurgen terutama ISIS.
Carla Del Fonte, wakil Suruhanjaya Bebas United Nation bagi Syria, dipetik sebagai berkata didalam kenyataan umum:
"Penyiasat kami telah menemuramah ramai golongan di Syria...dan didapati memang ada bukti penggunaan gas sarin sebagai senjata kimia ke atas orang awam. Namun, senjata ini bukan dilancarkan oleh kerajaan Syria (Assad), sebaliknya dilancarkan oleh insurgen (ISIS)." [15]
Didalam dokumentari oleh Stormcloudgathering, didedahkan bahawa entiti yang terlibat membekalkan persenjataan kimia kepada freedom fighters yang bogus di Syria yakni ISIS dan Al Qaeda adalah NATO dan Amerika Syarikat [16]. Nampaknya, konflik Asia Barat termasuk Syria menjadi semakin rumit, bukan? Amerika dan NATO memerangi ISIS, tetapi dalam masa yang sama membiayai mereka? Ini semakin tidak masuk akal, jika kita melihat senario itu dari sudut media arus perdana yang dipengaruhi oleh propaganda. Jadi, siapakah yang bersalah? Apakah rootcause kepada permasalahan ini?
Semua ini tidak akan terkupas, jika kita gagal meletakkan Zionis Israel didalam konteks.
3. Apakah punca sebenar konflik di Asia Barat termasuk di Syria?
General Wesley Clark, bekas anggota top gun didalam US Army (Retired 4 Star Army General) mendedahkan bahawa rancangan menumbangkan benua Arab dilakukan lama sebelum konflik dan krisis di Syria dan negara Arab lain berlaku. Sewaktu ditemuramah pada tahun 2007, beliau berkata:
"Saya bertemu seorang Jeneral tertinggi. Jeneral itu berkata - Saya baru menerima memo dari bilik Setiausaha Keselamatan. Memo itu membuktikan bahawa kita (Amerika Syarikat) memang terlibat merancang gerakan bagi menumbangkan tujuh negara dalam masa lima tahun; dimulakan dengan Iraq, kemudian Syria, Lubnan, Libya, Somalia, Sudan, dan diakhiri dengan Iran." [17].
Siapakah Setiausaha Keselamatan Amerika Syarikat yang terlibat merencanakan perancangan 5 tahun itu? Beliau ialah Donald Rumsfeld, seorang kulit putih yang bukan Yahudi. Jadi, apa kaitan Rumsfeld dan perancangan 5 tahun itu dengan Yahudi?
Tiga arkitek utama perancangan 5 tahun yang duduk didalam Lembaga Jawatankuasa Keselamatan Amerika Syarikat pada era Rumsfeld adalah Yahudi Ashkenazi. Ini termasuk Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Keselamatan), Richard Perle (Pengerusi Lembaga Keselamatan Amerika Syarikat) dan Douglas Feith (Undersecretary bagi Lembaga Keselamatan).
Jika kenyataan ini masih tidak dapat membuka minda kalian, mari kita selidiki pula sebuah dokumen hasil analisa oleh Yahudi sendiri, yang mengesahkan kewujudan rancangan Israel menumbangkan negara-negara yang melingkarinya, demi faktor keselamatan, serta impian mereka mencipta Israel Raya (The Greater Israel). Dokumen berjudul "A Strategy for Israel in Nineteen Eighties", yang terbit pada tahun 1982 itu menyebut:
"Negara-negara Arab…memberi ancaman kepada Israel dalam bentuk ketenteraan…Iraq, negara yang kaya dengan minyak, dijamin akan menjadi sasaran Israel. Keruntuhan negara itu adalah lebih penting dari Syria. Iraq lebih kuat, dan secara tidak lansung memberi lebih ancaman kepada Israel dan menjadikannya sebagai musuh yang bahaya. Namun Perang Iraq-Iran telah memusnahkan sedikit demi sedikit negara itu dan membendung Iraq dari berkesempatan untuk mempersiapkan diri menyerang Israel. Setiap perseteruan di kalangan negara Arab (inter-Arab confrontation) hanya akan memperkukuhkan lagi Israel, seterusnya memudahkan langkah bagi memusnahkan Iraq, Syria dan Lebanon [18].”
KESIMPULAN
Masami Uno, seorang penulis Jepun, menghasilkan sebuah buku kontroversi berjudul ユダヤが解ると世界が見えてくる (To Watch the Jews is to see the World Clearly). Mesej yang ingin disampaikan oleh Uno ialah: Sekiranya anda gagal memahami Yahudi, anda sesungguhnya gagal memahami dunia.
Kita sebagai umat Islam harus berasa malu! Sedangkan bangsa Jepun sendiri menyedari realiti dunia, mengapa kita sebagai penganut agama yang suci pula yang menjadi mangsa jerat propaganda dan media, sehingga gagal meletakkan kesalahan ke atas bahu golongan yang benar-benar bersalah?
Fahmi bin Faiz
_________________________________________________
Tentang penulis:
Fahmi bin Faiz merupakan seorang penyelidik dan jurnalis bebas, yang telah menerbitkan tiga buah karya berkenaan subjek konflik dan keselamatan di Asia Tenggara. Berpengalaman menjejaki kawasan-kawasan bergolak di sekitar rumpun Asia Tenggara, siri-siri ekspedisi itu telah mempertemukan penulis dengan sympathizers, kumpulan pro-kerajaan, kumpulan pemisah/pejuang pembebasan, bahkan tokoh-tokoh tempatan yang pernah berurusan dengan komuniti risikan antarabangsa termasuk Agensi Risikan Pusat (CIA). Karya-karya penulis telah diterbitkan oleh pihak Alaf 21, Kumpulan Media Karangkraf serta Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
RUJUKAN DAN LAMPIRAN
[1] Sumber: http://explore.georgetown.edu/people/mfs47/
[2] Sila rujuk lampiran: Rajah 1
[3] Antara koleksi wawancara beliau termasuklah:
a. Sumber: https://youtu.be/XHl1JnQoIWQ
b. Sumber: https://youtu.be/MzDFqVdd80c
[4]. Sumber: https://m.youtube.com/watch?v=MzDFqVdd80c
[5].Sumber: http://m.huffpost.com/us/entry/822078
[6]. Paul Danahar, 2013, "The New Middle East", hal. 5, Bloomsbury Publishing, United Kingdom
[7]. Sumber: http://mobile.nytimes.com/2011/04/15/world/15aid.html
[8]. Alvin dan Heidi Toffler, 1993, "War and Anti War", hal. 52-3, Warner Books Inc., New York
[9]. Atas sebab keselamatan, identiti sumber terpaksa dirahsiakan. Namun boleh rujuk lampiran: Gambar 1, dengan wajah sumber penulis memegang karya penulis terpaksa digelapkan. Temuramah bersama sumber itu dikendalikan di Cyberjaya, Malaysia pada 7 Disember 2016.
[10]. Atas sebab keselamatan, identiti sumber ini juga terpaksa dirahsiakan. Namun beliau merupakan bekas jurnalis bagi sebuah agensi berita kerajaan, dan kini bertugas sebagai jurnalis untuk sebuah syarikat penyiaran swasta di Malaysia. Temuramah bersama sumber dikendalikan di Damansara Utama, Malaysia pada 15 September, 2016
[11]. Sumber: http://www.thecommonsenseshow.com/2015/05/04/special-ops-officer-blows-whistle-on-cia-funded-isis-through-swiss-bank-accounts/
[12]. Sumber: http://stateofthenation2012.com/?p=27768
[13]. Ini adalah sumber yang sama yang dicatatkan didalam buku penulis, "Kembara Menjejak Bayang: Menjejaki Realiti Konflik di Selatan Thailand". Rujuk bab 8 (sumber penulis sewaktu di Narathiwat)
[14]. Kaveh Farrokh, 2011, “Iran at War: 1500-1988”, hal. 324, Bloomsbury Publishing, United Kingdom
[15]. Sumber: http://articles.chicagotribune.com/2013-05-05/news/sns-rt-us-syria-crisis-unbre94409z-20130505_1_chemical-weapons-sarin-syria
[16]. Sumber: https://m.youtube.com/watch?v=dkamZg68jpk
[17]. Sumber: http://www.globalresearch.ca/we-re-going-to-take-out-7-countries-in-5-years-iraq-syria-lebanon-libya-somalia-sudan-iran/5166
[18]. Oded Yinon, 1982, "A Strategy for Israel in the Nineteen Eighties", hal. 13, Kivunim: A Journal for Judaism and Zionism; Bil. 14, Februari 1982
Post a Comment