Pengamal Perubatan perlu berhemah di laman sosial
16 peratus sehingga 45 peratus kandungan laman sosial yang dikongsi oleh pengamal perubatan adalah menyalahi etika
Pengamal Perubatan perlu berhemah di laman sosial.
Kepercayaan adalah komoditi berharga yang diwarisi sejak turun-temurun oleh pengamal perubatan. Ia adalah hasil kebijaksanaan dan kematangan dalam memaknai ilmu serta menyesuaikannya dengan keperluan massa. Kepercayaan adalah unsur fundamental kepada hubungan doktor dengan pesakit.
Kepatuhan kepada pencegahan dan perawatan penyakit bergantung kepadanya. Namun kini, berlangsung pelbagai polemik yang berupaya menghakis sistem kepercayaan ini. Akibat kepesatan perkembangan teknologi maklumat yang gagal diisi dengan adab; laman peribadi yang selama ini dirasakan bebas berkarya kini boleh diadili oleh sesiapa sahaja, merentasi segenap sempadan.
Di seluruh dunia, telah wujud kesedaran di kalangan komuniti perubatan dan pihak berwajib mengenai implikasi penglibatan pengamal perubatan di laman sosial. Terdapat kajian yang menunjukkan 16 peratus sehingga 45 peratus kandungan laman sosial yang dikongsi oleh pengamal perubatan adalah menyalahi etika.

Di Malaysia, satu pekeliling mengenai garis panduan penggunaan medial sosial telah dikeluarkan oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan pada Mac 2016. Namun hari ini, jika diamati, masih wujud kandungan yang menyentuh kerahsiaan pesakit atau menjejaskan imej serta semangat kerja berpasukan misalnya; terdedah di laman sosial. Demi memelihara integriti, etika profession dan kemasalahatan umum, ini menuntut wacana yang jujur dan kesatuan konsensus yang diperhalusi dengan tindakan sewajarnya.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (SMNA) menerangkan dengan begitu tuntas akan permasalahan asas yang menunjangi konflik dalaman ummah. Iaitulah hilangnya adab. Krisis hilangnya disiplin yang sepatutnya membataskan tindak tanduk individu selaras dengan keberadaannya dan persekitarannya.

Laman sosial adalah pentas terbaik, subur dengan sandiwara hilangnya adab. Dengan sewenangnya, sesiapa sahaja boleh menyebarkan kandungan bersifat negatif berkenaan idea atau tindakan orang yang ahli dalam bidangnya. Persepsi dimanipulasi semahunya dan kemudiannya diwirid beramai berulang kali; lantaran nipis dan kaburnya adab.
SMNA menjelaskan bahawa adab hilang apabila wujud kegagalan untuk mengenalpasti dan menghargai aturan dan turutan alam kehidupan. Bahawa setiap individu ada tempat dan peranannya dalam masyarakat dan organisasi; bersesuaian dengan fizikalnya, intelektualnya, kapasiti spiritualnya dan potensinya. Pelanggaran atau kegagalan untuk hidup berdasarkan disiplin ini mengakibatkan kezaliman.
Apabila sesuatu yang tidak selayaknya diagungkan, tetapi diberikan perhatian dan sanjungan; natijahnya adalah pengkhianatan kepada disiplin ilmu, kecelaruan fikrah dan kekeliruan yang berpanjangan.
Justeru, dalam melayari gelombang maklumat tanpa sempadan ini, pengamal perubatan perlu menjiwai taqwa. Seringkali diri merasakan terlalu banyak kepincangan ummah yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan, tetapi mungkin islah yang didambakan perlu terbit dari diri sendiri. Awasilah gerak geri di laman sosial kerana setiap tindakan adalah cerminan kepada akhlaq dan sikap.

Berhati-hati dengan fitnah dan persepsi yang bergelimpangan umpama onak duri. Hindari laman sosial untuk melepaskan perasaan. Perbanyakkan zikir dan fikir, barangkali dari sana lahirnya hikmah dalam penampilan dan pembawaan. Manfaatkan masa dan tenaga demi ummah dengan amal yang sahih dan soleh. Posisikanlah diri masing-masing untuk membawa manfaat sejagat. Kerana sesungguhnya profession ini adalah ibadah, maka menjadi kewajipan ahli ibadah untuk cemerlang dalam kerja buatnya.
Sejarah adalah saksi setia kecemerlangan ahli ibadah sebagaimana unggulnya Umar Abdul Aziz, Salahuddin al Ayubi dan Muhammad Al Fateh.
Kesimpulannya, kepercayaan datang dengan tanggungjawab dan pengorbanan. Mendepani era tanpa sempadan, perlu difahami bahawa privacy adalah ilusi semata-mata. Pengamal perubatan perlu menjadi pengguna laman sosial yang bijak dan berhemah. Manfaatkanlah laman sosial dengan pendekatan yang membina. Ilmu dan kefahaman hanya boleh dicapai dengan adab. Moga-moga dengannya akan lahir kesedaran dan tindakan yang matang lagi sejahtera.
Dato’ Dr Suhaini bin Kadiman,
Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

Post a Comment