Header Ads

JAMBATAN SETELU DITUTUP SEMULA

Jambatan sementara merentasi Sungai Nenggiri dekat Kampung Pulau Setelu yang dibina awal tahun lalu itu mulai tenggelam berikutan hujan lebat 
Gua Musang: Jambatan sementara merentasi Sungai Nenggiri dekat Kampung Pulau Setelu, di sini, ditutup semula selepas kira-kira setengah jam dibuka pada 8 malam tadi.
Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kamizi Jalil berkata, ia susulan air sungai naik hingga menenggelamkan tengah jambatan.
Jambatan sementara yang dibina awal tahun lalu itu mulai tenggelam pada 5 petang berikutan hujan lebat sejak malam hingga kira-kira 12 tengah hari.
Ketika air sungai mulai surut menjelang 7 malam tadi, penduduk kampung bergotong-royong membersihkan sisa kayu yang tersekat di jambatan itu.
Bagaimanapun, air sungai kembali menenggelamkan tengah jambatan selepas kira-kira setengah jam dibuka 8 malam tadi.

No comments