Speaker: Kena beza RUU Persendirian dengan RUU Kerajaan
Ini hanya peringkat Undang-Undang Persendirian. Bukannya Marang boleh buat apa-apa termasuk tubuh jawatankuasa. Apabila sudah sampai kepada Peraturan Mesyuarat 49 serta lulus bacaan kali pertama dan kerajaan ambil alih, baru kerajaan tubuh jawatankuasa
25 NOV yang lalu: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 atau RUU 355 oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga menimbulkan pertikaian oleh beberapa ahli parlimen PH adalah disebabkan mereka tidak mengetahui tatacara RUU Persendirian.
Ini ditambah pula dengan pelbagai persepsi pihak luar termasuk media yang tidak mengetahui mengenai proses pembentangan sesuatu RUU sehingga ada mengaitkan pembentangan RUU 355 oleh Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada Khamis sebagai bacaan kali kedua.
Mungkin sebab itu, Speaker Pandikar Amin Mulia tersenyum dan ketawa melihat gelagat Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusuf Rawa dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan kenapa RUU 355 itu masih tidak dibahaskan.
Menurut mereka ini kali kedua Presiden PAS bangkit di Dewan Rakyat membaca RUU tersebut dan pada kali ini TGHH masih meminta supaya penjelasan mengenai RUU 355 dibuat pada sidang akan datang.
Sebenarnya, tata cara pembentangan RUU Persendirian dengan usul dibawa oleh kerajaan amat berbeza.
Menurut Pandikar Amin, pembentangan RUU Persendirian oleh TGHH belum sampai bacaan kali pertama sebaliknya hanyalah usul yang perlu perbincangan dan penelitian.
“Kalau kerajaan yang bawa usul atau undang-undang, (ia) tak perlu dibahas, tak perlu sokong, (hanya) sebut saja tajuknya serta disebut untuk bacaan kali pertama,” kata Pandikar Amin bagi menjelaskan kekeliruan ahli-ahli parlimen PH berhubung RUU 355 yang dibawa TGHH.
Speaker kemudian menegaskan bahawa ahli-ahli parlimen patut membaca Peraturan Mesyuarat dan memahami supaya tidak terkeliru antara RUU Persendirian dengan RUU yang dibawa oleh kerajaan.
“Cuma yang duduk di sini (kerusi speaker) yang faham, sebab saya berpandukan hansard dan peraturan-peraturan mesyuarat, Proses RUU Persendirian perlu dibaca dengan Peraturan Mesyuarat 49, 49(1), kemudian 49(2), 49(3) dan 49(4) sebelum sampai ke situ (untuk bacaan kali petama),” katanya.
Menurut Pandikar Amin, selepas dibahas dan dikemukakan kepada Majlis dan jika ada belah bahagian, baharu dapat keputusan dan dicap sudah sah baharulah boleh disebut untuk bacaan kali pertama.
Proses itu katanya belum berakhir lagi kerana ia akan dibawa oleh menteri yang berkenaan dengan memberi pernyataan, diikuti mesyuarat serta pernyataan baharu sebelum dibawa untuk perbahasan atau bacaan kali kedua.
Namun, disebalik ‘tidak tahu’ Mujahid dan Khalid, Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan mengambil peluang menempelak kedua-dua wakil rakyat itu yang sebelum ini pernah bersama-sama PAS.
“Ini hanya peringkat Undang-Undang Persendirian. Bukannya Marang (TGHH) boleh buat apa-apa termasuk tubuh jawatankuasa. Apabila sudah sampai kepada Peraturan Mesyuarat 49 serta lulus bacaan kali pertama dan kerajaan ambil alih, baru kerajaan tubuh jawatankuasa,” katanya pada perbahasan isu sama.
Fahamilah peraturan parlimen sebelum membuat berbagai bagai persepsi kepada TGHH yg bertungkus lumus berjuang bagi memastikan undang undang Islam dimartabatkan dalam negara.
Firman Allah dalam surah sof
يأيها الذين آمنوا كونوا أنصار الله
Wahai org org yg beriman jadilah penolong kepada agama Allah....
Post a Comment