Membina Revolusi Media Islam Yang Amanah
Umat Islam hari ini adalah terlalu mudah dikelirukan media-media bukan Islam dan musuh Islam. Mereka naif membaca agenda di sebalik sebaran media dan propaganda media. Kerana kejahilan umat terpedaya dengan agenda setting musuh Islam melalui media-media mereka. Perlu ada usaha kesedaran dan revolusi Media Islam yang mampu melawan balik arus arus sihir moden ini.
Oleh: Ahmad Hakimi Othman
Masalah bagi umat islam hari ini adalah terlalu mudah dikelirukan media-media bukan Islam dan musuh Islam. Umat Islam pula terlalu naif membaca agenda di sebalik sebaran media dan propaganda media. Akhirnya kehidupan disandarkan kepada maklumat yang bercampur campur dan menyebabkan urusan umat sering terbantut kerana kejahilan umat terpedaya dengan agenda setting musuh Islam melalui media-media mereka. Apakah umat Islam hari ini perlu terus menerus begitu? Maka perlu ada usaha kesedaran dan revolusi Media Islam yang mampu melawan balik arus arus sihir moden ini.
Media Islam Perlu Kembali Kepada Metodologi Wahyu
Sebaran maklumat umat Islam mesti diusahakan untuk mampu bawa agenda Islam dan membasmi kekeliruan yang dibawa musuh Islam dan kelompok duniawi dan Ad-Dahriyyin ataupun Maddiyah. Sebagai mana kaedah Islam berteraskan kepercayaan kepada wahyu, risalah dan Rasulullah Al-Amin dibentuk, maka media Islam juga perlu dibentuk dan diasas begitu. Kaedah Tabayyun, Rijal yang Thiqah, fahaman dan tasawwur yang jelas perlu dikembangkan dari perkembangan ilmu Quran dan Hadis. Kita perlu kembali kepada asas ini.
Memahami Metodologi Media Duniawi Dan Maddiyah
Perlu juga kita memahami cara-cara propaganda musuh melalui media. Bagaimana mereka menggunakan penentuan ekonomi politik, penentuan organisasi tertentu dalam menyampaikan media atau cara menggabungkan semuanya yang membentuk sistesis kultural budaya media yang akhirnya membentuk umat.
Mereka ini dalam membentuk pemikiran masa akan menggunakan cara seperti ini:
1. Language of Politics
Dengan tunjang mesej diolah dengan simbol simbol politik untuk mempengaruhi audien media tersebut.
2. Framing Strategies
Pemilik media meletakkan satu boundary tujuan yang akan disajikan mesej kepada umum untuk membentuk “public opinion” yang diinginkan dari pemberitaan yang disampaikan. Boleh jadi digunakan “false flag operation” untuk melariskan berita sehingga kerangka pendapat awam sekadar propaganda yang dibentuk.
3. Agenda Setting Function
Media memainkan peranan penting membentuk kehendak pemerintah, ekonomist atau sesiapa sahaja yang mengawal media untuk tujuan mereka.
Harapnya akan ada perubahan oleh pengamal media gerakan Islam dalam menghadapi kumpulan ahzab media duniawi ini. Moga-moga pemuda hari ini mampu memulakan langkah ini.
Post a Comment