Aliaa Syafiqah selamat ditemui - Bapa
Aliaa Syafiqah Nazar yang dilaporkan hilang telah selamat ditemui. Kami sekeluarga mengucapkan syukur ahamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam usaha mencari Aliaa.KUALA LUMPUR: Remaja perempuan berusia 13 tahun, Aliaa Syafiqah Nazar yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu telah selamat ditemui di ibu negara pada petang Jumaat.
Bapa remaja itu Mohd Norjuahari Nazar Nazari mengesahkan perkara ini ketika dihubungi Astro AWANI pada lewat Jumaat.
"Kami sekeluarga mengucapkan syukur ahamdulillahkerana telah ditemukan dengan anakanda kami. Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam usaha mencari Aliaa. Saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menunaikan solat hajat di surau dan masjid selepas berita kehilangan Aliaa dilaporkan," kata Norjuahari.
"Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang telah terlibat secara langsung dalam usaha mencari anak saya," tambah beliau.
Menurut Norjuahari, Aliaa berada dalam keadaan sihat ketika ditemui.
Aliaa Syafiqah tidak dapat dikesan selepas kali terakhir dilihat di perkarangan sekolahnya di Kampung Sungai Tangkas, Bangi, kira-kira jam 7.50 pagi Rabu.
BACA: Remaja hilang selepas ke sekolah masih belum ditemui
Laporan turut memetik Aliaa dikatakan tertekan dengan rakan-rakan sekolah kerana sering bertanyakan tentang ibunya yang tidak ditemui semenjak 2008.
Mohd Norjuahari dipetik berkata, Aliaa yang tinggal bersama keluarganya di Bandar Baru Bangi disedari hilang selepas didapati tiada di dalam bilik tidurnya.
Anak sulungnya itu kali terakhir dilihat di perkarangan sekolah dengan berbaju merah jambu, bertudung labuh berwarna jingga dan berpurdah, berseluar jeans serta memakai beg sandang.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/aliaa-syafiqah-selamat-ditemui-bapa-123071
Post a Comment