Header Ads

Salahkah Aku Berbaju Kurung?


Nampak simple perlu diingatkan "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA" memang betul matlamat kalian ingin berpakaian yang menutup aurat namun itu tidak menghalalkan kalian untuk mendedahkan aurat kalian.


Salahkah Aku Berbaju Kurung?
Oleh: Walid Ameerul Haq

Mungkin persoalan ini agak simple pada dasarnya namun mempunyai maksud yang ingin disampaikan.

Memang tidak salah berbaju kurung kerana ianya salah satu pakaian warisan wanita Melayu dan pakaian yang menutup aurat.

Jadi apa salahnya ?

Realiti hari ini kita dapat melihat peredaran fesyen pemaikaian yang hari ini semakin laju dipandu dengan arus kemajuan dan pemikiran masyarakat kini.


Kita boleh melihat hari ini baju kurung yang dipakaikan oleh kaum wanita adakah benar-benar menutup aurat ?

Cukuplah sekadar kita melihat kain yang dijadikan baju kurung kebanyakkan menggunakan kain yang jarang sekaligus menampakkan tubuh badan .

Ada pula baju kurung yang agak ketat juga boleh menampakkan potongan badan kepada si pemakai.

Jadi salahkah berbaju kurung?

MEMANG SALAH jika perkara yang disebutkan tadi itu berlaku tetapi jika tidak maka memang tidak salah.

Oleh kerana yang sedemikian ,kaum HAWA sekalian fikirkanlah secara rasional hakikat yang berlaku hari ini.

Begitu juga pemakaian, tudung,kini tudung yang dipakai oleh kebanyakkan wanita hanya cukup untuk menutup rambut dan leher sahaja.

Bagaimana pula jika bagitu ?Sama-sama fikirkan apa yang sepatutnya kalian lakukan.

Nampak simple perlu diingatkan "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA" memang betul matlamat kalian ingin berpakaian yang menutup aurat namun itu tidak menghalalkan kalian untuk mendedahkan aurat kalian.

Jika benar ingin menutup aurat lakukan dengan betul selari dengan batasan syariat yang telah ditetapkan.

Selamat beramal.

No comments