Header Ads

Pakistan timbang undang-undang lindung lelaki

sebahagian wanita di Pakistan mendera lelaki, dan mengusir mereka dari rumah


ISLAMABAD: Badan keagamaan Pakistan akan membahaskan hak lelaki dan melindungi mereka daripada keganasan rumah tangga minggu depan, langkah yang dilihat sebagai usaha melemahkan undang-undang penting negara itu untuk melindungi wanita. Majlis Ideologi Islam (CII) konservatif akan membahaskan isu berkenaan dalam mesyuarat esok. Keputusan dibuat selepas anggota CII, Sahibzada Zahid M Qasmi, menulis surat kepada pengerusi badan itu, Maulana Mohammad Sheerani, menuntut undang-undang "melindungi" lelaki daripada penderaan domestik. Qasmi, dalam suratnya, menyatakan "sebahagian wanita di Pakistan mendera lelaki, dan mengusir mereka dari rumah dan Islam juga memberi hak kepada lelaki dan dalam masyarakat ini, hak itu dicabul," lapor akhbar Dawn.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/212349

No comments