Header Ads

Fenomena Supermoon Malam Ini

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Supermoon atau bulan penuh Perigee yang akan kelihatan pada hari Isnin 14 November 2016 bermula sekitar jam 7.24 malam serta diikuti dengan fasa seterusnya iaitu fasa bulan purnama pada jam 9.54 malam
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Supermoon atau bulan penuh Perigee yang akan kelihatan pada hari Isnin 14 November 2016 bermula sekitar jam 7.24 malam serta diikuti dengan fasa seterusnya iaitu fasa bulan purnama pada jam 9.54 malam.

Fenomena itu berlaku apabila bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (Perigee) yang membuatkan saiz bulan seolah-olah lebih besar daripada biasa.

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) yang menjelaskan bahawa saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali Sebagai info, Fenomena ‘Supermoon’ pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015 dan kejadian pada kali ini bakal menyaksikan bulan berada paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun.

SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) SUPERMOON 14 NOVEMBER 2016 DI MALAYSIA 

Berikutan daripada fenomena ini, rakyat Malaysia terutamanya perlu mengambil kesempatan ini untuk menyaksikannya kerana Supermoon dijangka berlaku pula dalam tempoh 18 tahun akan datang.

Bagi yang tidak berpeluang menyaksikan fenomena Supermoon atau bulan penuh Perigee di luar sana, MYsumber akan sertakan video langsung dalam ruangan ini.

VIDEO LANGSUNG (LIVE) FENOMENA SUPERMOON (BULAN PENUH) NOVEMBER 2016

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
http://www.mysumber.com/live-streaming-fenomena-supermoon-bulan-penuh-14-11-2016-malaysia.html

No comments