76 disahkan maut nahas pesawat di Colombia
hanya lima orang terselamat dalam kemalangan itu
BOGOTA: Angka kematian akibat nahas pesawat di Colombia membawa pasukan bola sepak Brazil meningkat kepada 76 orang hari ini, ketika pihak berkuasa berkata, hanya lima orang terselamat dalam kemalangan itu.
"Kami berupaya menyelamatkan enam mangsa hidup-hidup namun seorang daripadanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," kata Jose Gerardo Acevedo, seorang komander polis kepada media.
Pesawat sewa khas LAMIA terhempas lewat Isnin di kawasan pergunungan berhampiran bandar Medellin bersama 81 orang penumpang di dalamnya termasuk pemain kelab Chapocoense Real, pasukan bola sepak Brazil yang dijangka bermain esok dalam perlawanan akhir Copa Sudamericana. - AFP
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/218153
Post a Comment