LHDN: 128,165 Dilarang Ke Luar Negara
LHDN mengeluarkan 128,165 sijil sekatan ke luar negara setakat Jun 2016 membabitkan tunggakan cukai berjumlah sehingga RM3.4 bilion
PETALING JAYA: Seramai 128,165 individu dilarang ke luar negara setakat Jun tahun ini di atas kegagalan mereka untuk menjelaskan cukai.
Menurut laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2), Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan 128,165 sijil sekatan ke luar negara setakat Jun 2016 membabitkan tunggakan cukai berjumlah sehingga RM3.4 bilion.
Individu yang disenaraikan perlu menjelaskan cukai mereka sebelum memohon penarikan semula sekatan berkenaan.
Mereka yang tidak dapat membayar jumlah penuh masih boleh memohon untuk pelepasan sementara yang membolehkan individu tersebut mendapat tempoh pelepasan terhad yang diluluskan.
Post a Comment