Sarapan aiskrim bantu tingkatkan gelombang otak
Profesor dari Universiti Kyorin, Tokyo, Jepun mendapati, makan aiskrim semasa sarapan menjadikan seseorang lebih bijak.
SEORANG profesor dari Universiti Kyorin, Tokyo, Jepun mendapati, makan aiskrim semasa sarapan mungkin menjadikan seseorang lebih bijak.
Profesor tersebut, Yoshihiko Koga, meminta subjek kajian untuk memakan aiskrim pada waktu pagi dan kemudian satu kumpulan lain memakan sarapan biasa.
Dia mendapati, kumpulan subjek yang memakan aiskrim memproses maklumat baharu lebih baik dan menunjukkan masa tindak balas lebih cepat.
Selepas memeriksa aktiviti otak subjek, Koga mendapati bahawa pemakan aiskrim menunjukkan peningkatan frekuensi gelombang otak yang tinggi.
Gelombang tersebut dikaitkan dengan pengurangan rasa kejengkelan mental dan tahap kewaspadaan tinggi.
Katanya, mereka yang memakan aiskrim mungkin terkesan dengan suhu sejuk makanan itu sekali gus menyebabkan gelombang otak meningkat.
Satu kumpulan lagi diuji dengan meminum air sejuk selepas bangun tidur.
Walaupun subjek yang meminum air sejuk menunjukkan kecerdasan yang dirangsang, namun tahap mereka tidak sampai ke paras tinggi berbanding mereka yang memulakan hari dengan memakan aiskrim.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm
Foto – Gambar Hiasan
Post a Comment